Mengapa Aku Harus Bercinta? - Mencintai Dengan Sederhana

Post Top Ad

Responsive Ads Here

27 Feb 2012

Mengapa Aku Harus Bercinta?





Apakah yang dimaksudkan bercinta?
Mengapa harus bercinta?


Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan.



Cintaku ibarat Ombak Rindu.. 


Wahai kaum hawa, bagi mereka yang berada di dalam lingkungan remaja, fikirlah sedalam-dalam mungkin untuk bercinta. Ingatlah bahwa anda mempunyai teman teman anda di sekeliling anda. Bertemanlah dengan mereka dan habiskan masa dengan mereka . Yang pasti, selepas kahwin, masa itu akan menjadi singkat bersama teman teman anda!

Wahai kaum hawa, anda mempunyai ibu bapa yang menyayangi anda. Bantulah dan jagalah mereka sementara anda belum berkawin. Selepas berkawin, masa anda dengan ibu bapa anda sedikit  karena keutamaan perlu diberi kepada suami anda kelak!



Wahai kaum hawa, bersediakah anda jika anda ditinggalkan pasangan? Fikirkan pula kesan terhadap diri anda yang telah dilukai. Jika benar, dia sayangkan anda, dia akan berjumpa dengan ibu bapa anda dan tidak akan menyentuh serta sanggup tunggu anda.



Wahai kaum hawa, sesungguhnya seorang lelaki itu seharusnya menghormati anda. Kaum hawa adalah perkara yang paling ajaib di dunia yang dicipta oleh ALLAH. Kaum hawa juga bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang dilahirkan didunia tanpa pintanya. Janganlah engkau bunuh dia….

Wahai kaum hawa yang dikasihi, dengarlah nasihat Islam yang terakhir yaitu, carilah cinta itu melalui hati, bukan melalui paras rupa. Bersabarlah jika anda masih belum menemui cinta anda karena cinta pertama itu lebih indah jika dibawa ke Pelamin!



Cinta ALLAH itu hakiki, cinta manusia itu sementara!





Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here