Select Menu

Puisi

Kisah Inspiratif

Jodoh

Artikel Doa

Cinta Karena Allah

Dunia Muslimah

Seputar Remaja

Dunia Putri

Tanya Jawab

» » Anda couple atau ta'aruf?


Mas Owi Sabtu, Maret 10, 2012 0


Anda couple, tapi berselindung di sebalik ta'aruf. Jangan dikotori sucinya makna 'ta'aruf' dalam Islam. Ta'aruf merupakan salah satu syariat Allah bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga yang bukan berpaksikan cinta di antara dua insan semata-mata, tapi juga bertunjangkan cinta Allah SWT, cinta Rasulullah dan rasa cinta terhadap orang-orang beriman. Ta'aruf bukanlah cinta murahan yang melanggar syariat Allah.

Mungkin ada yang terkeliru di antara couple dan ta'aruf. Bagaimanakah ciri-ciri ta'aruf Islami yang sebenar dalam mencipta asas sebuah rumahtangga yang bahagia?


Jom, jengok..!


1. Melakukan istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya.

Setelah anda mendapat sedikit latar belakang calon melalui risikan daripada sahabat dan teman-teman, lakukan istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diinginkan. Serahkanlah segala keputusan pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Perlu diingatkan, seseorang yang mempunyai kecenderungan pada calon yang diingini, biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diinginkan. Itu bukanlah jawapan istikharah dari Allah, tetapi, jawapan dari hati anda sendiri.


2. Menentukan tarikh dan masa pertemuan (ta'aruf)
Setelah selesai beristikharah, aturkan pertemuan. Pastikan anda ditemani murabbi masing-masing.



3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya.
Semasa ta'aruf, saling bertanyalah sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang dideritai, visi dan misi tentang rumahtangga. Murabbi perlulah berperanan sepenuhnya untuk mengelakkan suasana menjadi kaku dan serius. Maklumlah, masing-masing masih malu-malu siput. Hehe. Humor dan santaikan suasana, tapi tetap serius untuk mengelakkan sesi ta'aruf berjalan dengan lancar.


4. Menentukan waktu ta'aruf dengan keluarga perempuan.
Setelah melakukan ta'aruf, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian dengan calon perempuan, maka pihak lelaki harus segera melakukan ta'aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya. Perlu diingatkan, pihak lelaki tidak digalakkan datang seorang diri untuk menghindarkan fitnah.

5. Keluarga pihak lelaki mengundang pihak perempuan ke rumahnya.
Dalam soal bercinta selepas nikah, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenali calon menantunya. Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari daripada terjadinya fitnah.

6. Menentukan waktu khitbah.
Setelah keluarga kedua-dua belah pihak sudahpun ada keserasian dan setuju dengan pilihan masing-masing, maka janganlah tunggu terlalu lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah calon perempuan (meminang atau melamar). Jarak waktu antara ta'aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan perkara yang tidak diingini.

7. Tentukan waktu pernikahan.
Lakukan pernikahan seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu sederhana, mengundang anak yatim, asingkan tempat makan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri-ciri ta'aruf mengikut syariat seperti di atas, insyaAllah akan terbentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Yang menjadi dambaan setiap keluarga Muslim, baik di dunia mahupun di akhirat.


 Oleh :Syahidah Mardhiah

«
Next
Posting Lebih Baru
»
Previous
Posting Lama

Tidak ada komentar

Leave a Reply