Select Menu

Puisi

Kisah Inspiratif

Jodoh

Artikel Doa

Cinta Karena Allah

Dunia Muslimah

Seputar Remaja

Dunia Putri

Tanya Jawab

» » Untukmu Lelaki


Mas Owi Minggu, Maret 16, 2014 0


Dirimu lelaki….
Dihantar ke dunia sebagai khalifah
Sebagai pembimbing jua pelindung
Kepada hawa yang lemah


Lelaki..
Kau dikurniakan sembilan akal
Berbanding perempuan yang hanya 1 akal
Jelas sekali nisbahnya
Kau jauh lebih berakal..
Namun dirimu gagal
Membawa wanita kau sayang
Ke jalan yang diredhaiNya

Lelaki
Sukar mahu menterjermahkan
Wibawa dirimu
Kadang-kadang luaran semata
Kau dikagumi oleh kata-kata manis
Dengan kebaikan dan keprihatinan
Yang kau pamerkan
Hakikatnya…kau tidak ubah seperti buih-buih
Yang hilang di permukaan

Lelaki…
Kau tahu betapa hawa itu
Sayangkanmu..cintai dirimu
Sehingga dia biarkan dirinya
Kau bawa ke jalan yang mungkar
Lupa pada Allah
Lupa pada emak ayah
Lupakan segalanya…
Dosa dan pahala yang menjadi hintungan
Kerana sayang…agama tidak lagi dijulang

Hawa itu sangat lemah dirinya
Kau yang sepatut bawanya ke jalan Allah
Setelah kau dampingi dia
Dengan janji kemanisan penuh cinta…

Adam
Tidakkah kau rasa berdosa
Membiarkan hawa itu terkapai-kapai
Hilang maruah diri
Terpalit hitam noda
Angkara dirimu
Dek  janji yang kau berikan
Tergamaknya dirimu

Yang tertohmah adalah hawa
Yang dikeji adalah wanita
Yang kehilangan adalah perempuan
Angkara dirimu adam

Terlepaslah dirimu di dunia ini
Tetapi tidak di mahkamah Allah..
Di hadapan Allah…

Lelaki hebat bukanlah yang memberi lebih prihatinnya kepada banyak perempuan. Lelaki hebat adalah yang memaknakan rasa kasihnya kepada perempuan dalam ikatan yang sah.
Mengangkat martabat wanita yang disayangi sebagai rusuk kirinya.  Halal dan suci di sisi ALLAH. Hebat sebagai suami dan ayah yang membawa & mendidik isteri & anak-anak menuju jalan syurga ALLAH.
Lelaki soleh dan wanita solehah adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..(http://akuislam.com)

«
Next
Posting Lebih Baru
»
Previous
Posting Lama